Peringatan Penting: Kredit RM100 Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Akan Tamat 31 Disember 2025


Kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, jangan lupa bahawa kredit RM100 Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberikan secara one-off akan luput pada 31 Disember 2025.


Ramai yang masih belum menggunakannya — jadi pastikan anda manfaatkan sepenuhnya sebelum tarikh akhir.



Di Mana Boleh Guna Kredit SARA

  • Kredit SARA boleh digunakan di lebih 7,300 kedai dan pasar raya terpilih di seluruh negara.

  • Antaranya termasuk rangkaian pasar raya besar seperti Mydin, Giant, HeroMarket, dan juga pasar raya serta kedai runcit tempatan / “mini market” berdaftar.

  • Tidak kira sama ada pasar raya besar atau kedai runcit kecil di kampung / kawasan anda - selagi mereka berada dalam senarai kedai berdaftar dengan SARA, kredit boleh digunakan.

  • Produk boleh dibeli mestilah daripada senarai 14 kategori asas yang diluluskan: contohnya beras, telur, minyak masak, roti, susu / minuman, makanan dalam tin, produk kebersihan diri, pembersih rumah, alat tulis / kelengkapan sekolah, ubat asas, dan sebagainya.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama