Kerajaan Malaysia meneruskan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi membantu rakyat dalam menampung kos keperluan asas harian.
Melalui inisiatif ini, RM100 bantuan secara one-off akan dikreditkan terus melalui MyKad kepada penerima yang layak.
Maklumat Utama Bantuan
Jumlah bantuan: RM100 (one-off)
Tarikh kredit: 9 Februari 2026
Kelayakan: Rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
Jumlah penerima: Lebih 22 juta rakyat Malaysia
Penggunaan Kredit SARA
Kredit SARA boleh digunakan untuk pembelian:
Lebih 100,000 barangan keperluan asas
Di lebih 10,000 kedai runcit dan pasar raya di seluruh negara
Tempoh penggunaan sehingga 31 Disember 2026
Semakan Kelayakan
Semakan kelayakan boleh dibuat bermula:
📅 5 Februari 2026
Inisiatif ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta membantu meringankan beban kos sara hidup.
Tahun Ini, Tahun Kita. 🇲🇾
.png)
