MOONTON STUDENT LEADER CHAMPIONSHIP SEASON 6 (MSLC S6)



Pendaftaran kini dibuka untuk Moonton Student Leader Championship Season 6, kejohanan rasmi Mobile Legends: Bang Bang khas untuk pelajar IPT seluruh Malaysia.


📅 TARIKH PENTING

Tarikh Pendaftaran Ditutup: 19 Februari 2026
Tarikh Kejohanan:
  • Online Group Stage: 26 Februari 2026
  • Online Playoff: 27 – 28 Februari 2026
  • Offline Playoff: TBC
Masa: Akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas pendaftaran ditutup.


💰 YURAN & HADIAH

Yuran Penyertaan: PERCUMA

Hadiah Keseluruhan: RM 70,000
(Tunai, in-game items serta barangan eksklusif)


🎮 FORMAT & MOD PERLAWANAN

  • Qualifier: Online

  • Online Playoff (Top 256): Online

  • Offline Playoff (Top 8): TBC

  • Mod Permainan: Custom – Draft Pick & Tournament Mode


SYARAT PENDAFTARAN PASUKAN

  1. Maksimum 416 pasukan.

  2. Terbuka kepada pelajar IPT yang aktif di Malaysia.

  3. Setiap pemain wajib memuat naik gambar kad matrik sebagai bukti pelajar IPT.

    • Jika belum menerima kad matrik, perlu screenshot portal pelajar rasmi.

    • Gambar mestilah jelas dan menunjukkan nombor matrik, universiti/kampus dan gambar pelajar.

  4. Setiap pasukan boleh terdiri daripada pemain dari IPT berbeza.

  5. Setiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya 5 pemain dan maksimum 7 pemain (2 simpanan adalah pilihan).

  6. Seorang pemain hanya boleh menyertai satu pasukan sahaja.

  7. Pendaftaran dianggap sah selepas pengesahan diterima di Discord oleh ketua/pengurus/wakil pasukan.

  8. Pasukan yang menarik diri tanpa sebab munasabah boleh digantung daripada kejohanan akan datang.

  9. Semua pasukan wajib membaca dan bersetuju dengan Buku Peraturan Rasmi MSLC S6.


📘 BUKU PERATURAN RASMI

Buku peraturan disediakan dalam dua bahasa:

  • Bahasa Melayu: Buku Peraturan Rasmi MSLC S6

  • Bahasa Inggeris: Official Rulebook MSLC S6


Untuk maklumat lanjut dan kemas kini rasmi, sila rujuk saluran komunikasi rasmi Moonton Student Leader.

📅 JADUAL





 

 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama