Jawatan Kosong: Pegawai Media Sosial cum Video Editor

 


Maghfirah Travel & Tours – Shah Alam

Maghfirah Travel & Tours mempelawa calon yang kreatif, berkeyakinan dan berpengalaman dalam bidang media sosial serta penyuntingan video untuk mengisi jawatan Pegawai Media Sosial cum Video Editor.

Ini merupakan peluang terbaik untuk membina kerjaya dalam industri Umrah dan Pelancongan Islamik bersama organisasi yang berkembang pesat dan beroperasi secara profesional serta patuh syariah.


Skop Jawatan

Calon yang berjaya akan bertanggungjawab untuk:

  • Merancang, menghasilkan dan menerbitkan kandungan harian di semua platform media sosial syarikat

  • Merakam dan menyunting video promosi serta kandungan pemasaran

  • Menghasilkan copywriting kreatif dan berimpak

  • Mengurus strategi kandungan digital bagi meningkatkan capaian dan interaksi


Syarat Kelayakan

  • Umur 21 – 30 tahun

  • Mempunyai 1–2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan

  • Berpenampilan profesional dan yakin di hadapan kamera

  • Mahir dalam rakaman dan penyuntingan video

  • Kreatif dalam perancangan kandungan media sosial

  • Berkebolehan menghasilkan copywriting yang efektif


Waktu Bekerja

  • Isnin – Jumaat: 9.00 pagi – 6.00 petang

  • Sabtu: 9.00 pagi – 1.00 petang (bergilir)

  • Ahad & Cuti Umum: Cuti


Faedah

  • Caruman KWSP, SOCSO & EIS

  • Syarikat berdaftar dengan SSM & Kementerian Kewangan Malaysia

  • Persekitaran kerja profesional dan patuh syariah


Lokasi

Shah Alam, Selangor


Cara Memohon

Calon yang berminat boleh menghantar resume terkini ke:
📧 hr.maghfirahtravel@gmail.com

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
📞 011-1058 3215
atau WhatsApp: https://wasap.my/01110583215/PegawaiMediaSosial

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.


 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama